Submission declined on 26 March 2024 by DoubleGrazing (talk). This is the English language Wikipedia; we can only accept articles written in the English language. Please provide a high-quality English language translation of your submission. Have you visited the Wikipedia home page? You can probably find a version of Wikipedia in your language.
Where to get help
How to improve a draft
You can also browse Wikipedia:Featured articles and Wikipedia:Good articles to find examples of Wikipedia's best writing on topics similar to your proposed article. Improving your odds of a speedy review To improve your odds of a faster review, tag your draft with relevant WikiProject tags using the button below. This will let reviewers know a new draft has been submitted in their area of interest. For instance, if you wrote about a female astronomer, you would want to add the Biography, Astronomy, and Women scientists tags. Editor resources
|
Desa KEDA Sungai Salleh
editLatar Belakang
editDesa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Sungai Salleh merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Kampung Tradisional oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1991. Penempatan ini mula diduduki pada tahun 1993 dengan bilangan rumah sebanyak 173 buah rumah dan memberi manfaat kepada 877 orang penduduk di Daerah Bandar Baharu.
Sejarah Kampung
editDesa KEDA Sungai Salleh diambil sempena nama kampung Sungai Salleh yang berdekatan.
Info Desa
editNama Desa | Desa KEDA Sungai Salleh |
---|---|
Mukim | Serdang |
DUN | Bandar Baharu |
Parlimen | Kulim/ Bandar Baharu |
Daerah | Serdang |
Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
editDesa KEDA Sungai Salleh terletak di kawasan tanah landai dan sedikit berbukit yang dikelilingi dengan tanaman kelapa sawit. Keluasan kawasan ini ialah 14.1ha meliputi kawasan perumahan, pertanian dan bangunan perniagaan.
Kepimpinan
editDesa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 9, Bandar Baharu yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Sungai Salleh.
Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Sungai Salleh
editSenarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Sungai Salleh bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :
Jawatan | Penyandang |
---|---|
Pengerusi | Roslan bin Mat Hussain |
Timbalan Pengerusi | Mohd Noor bin Wan |
Setiausaha | Rosnani binti Abu Bakar |
Bendahari | Mohd Zain bin Ismail |
Biro Agama | Bahari bin Ramly |
Biro Keselamatan | Hassan bin Gani |
Biro Pembangunan | Shafiee bin Mat Ali |
Biro Ekonomi | Jaafar bin Ahmad |
Biro Pendidikan | Halilah binti Baharom |
Biro Sosial & Kebudayaan | Hamidah binti Johari |
Biro Belia, Sukan & Rekreasi | Mohd Rusli bin Hj Shaari |
Biro Kebajikan | Umi Kalsom binti Awang |
Biro Hal Ehwal Wanita | Nurasma binti A. Halim |
Biro Kesihatan | Hidayah binti Latif |
Biro Kebersihan & Keceriaan | Zaini bin Haji Ahmad |
Maklumat Penduduk
editMaklumat penduduk Desa KEDA Sungai Salleh adalah seperti berikut :
Perkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
Jumlah Keseluruhan Penduduk | 877 |
Jumlah Keluarga | 173 |
Bilangan Penduduk Lelaki | 411 |
Bilangan Penduduk Perempuan | 466 |
Pendidikan
editTahap pendidikan penduduk Desa KEDA Sungai Salleh adalah seperti berikut :
Kelulusan | Bilangan (Orang) |
---|---|
Ijazah | 24 |
Diploma/ Setaraf | 16 |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 91 |
Jumlah | 131 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
editPenduduk Desa KEDA Sungai Salleh dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :
Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
---|---|
<RM530.00 | Tiada |
RM531.00 - RM790.00 | 5 |
RM791.00 - RM1,319.00 | 25 |
>RM1,319.00 | 142 |
Kegunaan Tanah
editSecara keseluruhan, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Sungai Salleh ialah sebanyak 14.1ha yang merangkumi tapak kediaman seluas 13.85ha dan tapak bangunan perniagaan seluas 0.25ha.
Hak Milik Penduduk
editBilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut :
Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
---|---|
Kereta | 192 |
Motosikal | 394 |
Lori | 2 |
Van | 2 |
Kemudahan Asas
editDari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 3 km, lampu jalan 50 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 173 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Sungai Salleh dilengkapi masjid 1 buah, pusat komputer 1 buah, dewan orang ramai 1 buah, padang bola 1 buah dan gelanggang permainan 1 buah.
Di Desa KEDA Sungai Salleh juga terdapat 7 industri kecil sederhana yang telah diusahakan.
Golongan Khas
editGolongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Sungai Salleh adalah seperti berikut :
Perkara | Bilangan (Orang) |
---|---|
OKU | 6 (L) 6 (P) |
Bapa Tunggal | Tiada |
Ibu Tunggal | 15 |
Anak Yatim | Tiada |