Bob Muslim atau nama sebenarnya Md Yazid bin Amin di lahirkan pada 14 ogos 1985 di kampung Air Manis,Kulai di rumah neneknya Asmah binti Sarlan atau lebih di kenali oleh warga kampung dengan nama cik Mah.Ibu nya bernama Zainab binti Ramli seorang suri rumah tangga dan ayahnya bernama Amin bin Kahar merupakan seorang peneroka kelapa sawit.Bob Muslim di besarkan di Felda Taib Andak iaitu kediaman kedua orang tuanya iaitu Zainab dan Amin.Ibunya lebih di kenali dengan nama mak Nab manakala ayahnya pula di kenali warga kampung dengan nama pak Min ghazal.Bob Muslim mempunyai 7 adik beradik yang mana 3 beradik satu ayah lain emak,1 beradik satu emak lain ayah dan 2 lagi adik kandung.Beliau pada mulanya bersekolah di Tabika Kemas Kampung Bahagia dan kemudian bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia dari darjah 1 hingga ke darjah 6(1992-1997).Beliau juga bersekolah agama di Sekolah Agama Seri Bahagia dari darjah 1 hingga ke darjah 5.Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra atau lebih di kenali dengan nama STAR Putra dari menengah 1 hingga menengah 5(1998-20020).Setelah tamat sekolah menengah,beliau merancang untuk menyambung pelajaran di Institut Kemahiran Mara(IKM) di Manjung,Perak namun hasrat beliau di halang oleh ayahnya kerana tempat belajarnya yang jauh dari negeri kelahiran beliau.Ayahnya lebih suka beliau terus bekerja dan tinggal di kampung bersama keluarga.Bob Muslim kemudiannya bekerja di sektor perkilangan di kilang Alpha Tiles iaitu kilang memproses batu ubin sebagai seorang operator dan telah bekerja di sana dari tahun 2004 hingga ke penghujung tahun 2009.Selama beliau bekerja di sana,beliau pernah di tawarkan untuk kenaikan pangkat sebanyak 2 kali.Tetapi beliau tidak berminat kerana risau akan tekanan kerja dan juga mengelakkan rasa tidak puas hati dari kalangan rakan sekerja yang sudah kerja lebih lama dari beliau.Setelah berhenti kerja kilang,beliau mula bertekad untuk berhijrah dan bekerja ke Singapura.Walaupun mendapat tentangan keras dari kedua emak dan ayahnya,beliau tetap bertegas dengan pendiriannya kerana beliau telah merasakan sudah tiba masanya untuk beliau belajar berdikari dan memperbaiki diri.Maka pada penghujung tahun 2009 itu beliau telah mengikuti sahabatnya Abbas ke Singapura untuk bekerja di sana.Ketika di Singapura,Bob bekerja sebagai nuja masjid di Masjid Sultan dari hujung tahun 2009 hingga lah ke pertengahan tahun 2012.Kemudian beliau berpindah kerja ke Sekolah ALJunied AlIslamiah dari pertengahan tahun 2012 hingga ke pertengahan tahun 2019.Setelah hampir 9 tahun berada di Singapura,beliau memutuskan untuk kembali tinggal bersama keluarga di Johor kerana keadaan ayahnya yang sudah uzur dan kerana hatinya yang kecewa di permainkan.Di Johor Bob mula bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang Flex.Setelah hampir 5 bulan berada di samping keluarga,ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir.Kehilangan ayahnya membuatkan Bob berasa sedih dan membuatkannya selalu mengalami tekanan dan migrain.Setelah 6 bulan bekerja di kilang Flex,Bob mengambil keputusan untuk bertukar tempat kerja di kilang Seagate.