IKATAN PELAJAR ISLAM PAHANG (IKATAN)
Ikatan Pelajar Islam Pahang(IKATAN) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pelajar yang bergerak dan dikendalikan oleh pelajar.IKATAN sebagai medium dan wadah kebaktian kepada masyarakat dan juga pentas kepada mahasiswa untuk membina diri menjadi seorang yang lebih berjasa menepati 4 lingkung bitara iaitu Idealisme, Intelektualisme,Aktivisme dan spiritualisme.
SEJARAH[1]
IKATAN ditubuhkan pada 1986 dengan nama Ikatan Pengkajian Islam Pahang oleh Yang Di Pertua pertama iaitu YB Dato Saifudin Abdullah Ahli Parlimen Indera Mahkota.Namun pada tahun 2011 telah didaftarkan semula oleh Yang Di Pertua ketika itu Ustaz Abdul Aziz kepada IKATAN Pelajar Islam Pahang dengan no pendaftaran PPBM 7131/11 di bawah akta pertubuhan belia.
IKATAN mula menyertai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ketika awal 1986 dan kekal menjadi Badan Gabungan Negeri (BGN) bagi PKPIM di negeri Pahang
Meskipun begitu sejarah PKPIM di negeri Pahang bukanlah bermula dengan tertubuhnya IKATAN namun lama sebelum itu dimana telah dimulai pada tahun 1967 oleh pelopor-pelopor lama seperti Ustaz Yahya Abdullah dan Encik Radzi Abdullah.Ketika itu dinamakan sebagai Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Pahang (PKPIP) dan menjadi Badan Gabungan Negeri PKPIM dua tahun selepas penubuhannya iaitu tahun 1969.
Sehingga kini cita-cita Ustaz Yahya Abdullah untuk menaik taraf pelajar-pelajar Islam di Pahang diteruskan oleh Saudara Irfan selaku Yang Di Pertua IKATAN sesi 19/20-20/21
FOKUS IKATAN
Keilmuan
IKATAN merupakan NGO pelajar yang memartabatkan ilmu sebagai teras utama dalam perjuangan mahasiswa.IKATAN sentiasa komited dalam menganjurkan forum dan majlis perkongsian ilmu kepada mahasiswa-mahasiswa di luar sana.Keilmuan dan mahasiswa adalah sinonim dan perlu diperjuangkan bersama.
Dakwah
Sebagai NGO pelajar Islam adalah seharusnya mengangkat agenda dakwah itu sebagai suatu kewajiban dalam perjuangan.Demi menunaikan hasrat perjuangan ini IKATAN sentiasa berusaha menjadi aktivis pertama yang menyeru masyarakat dalam soal amar makruf nahi mungkar tanpa menolak keberadaan kaum lain demi kelestarian bersama.
Pendidikan
Dengan penganjuran program-program pendidikan yang diterajui IKATAN di sekolah dan juga bengkel serta seminar sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat dalam memastikan agenda untuk mendidik dan membina bangsa tercapai.
Kebajikan
Kebajikan mahasiswa serta golongan masyarakat yang memerlukan sentiasa didahulukan oleh IKATAN.IKATAN sentiasa cakna akan isu kebajikan tanpa mengira bangsa mahupun agama.
Bagi mendepani era yang baru IKATAN telah mengorak langkah dengan melancarkan Learning Garage IKATAN sebagai gerak kerja baru untuk pembangunan komuniti setempat yang mengfokuskan aktiviti secara berkala dan bersasar.Antara yang telah dilaksanakan di dalam Learning Garage adalah Learning Quran iaitu kelas mengaji,Learning Tutor kelas bimbingan English dan sebuah pusat akses internet dan kemudahan komputer untuk pelajar-pelajar di komuniti setempat.Insyallah usaha ini akan diperbesarkan lagi dari semasa ke semasa.Ia diterajui sepenuhnya oleh mahasiswa dan dibayar elaun oleh IKATAN.
Senarai Pimpinan yang baharu sesi 20/21
PENGUMUMAN SAF QIYADAH IKATAN SESI 20/21
Yang Di Pertua: Muhammad Irfan Bin Kamarulzaman
Naib Yang Di Pertua 1: Ahmad Zulhairi Bin Azhari
Naib Yang Di Pertua 2: Fatin Nabilah Binti Mahyudin
Setiausaha Agung: Muhammad Asyiq Hakimi Bin Kamarulzaman
Bendahari Kehormat: Siti Natashah Binti Hassan
Pen Setiausaha Agung: Nur Aisyah Binti Ibrahim
Pen Bendahari: Mohamad Alif Syafiq Bin Mohamad Ismail
Biro Dakwah & Tarbiah:
Muhammad Haqim Bin Azuwan
Abu Aziman Bin Baharudin
Aina Batriesya Binti Roslaziha
Biro Latihan Dan Pembangunan Sosial:
Tengku Muhammad Iqbal Bin Tengku Jaafar
Mohamad Nor Rahim Bin Mohd Ghazali
Syed Muhammad Naimullah Bin Syed Nordin
Biro Media & Massa
Muhammad Mukmyn Bin Mohamad Najeb
MEDIA SOSIAL IKATAN
Instagram: ikatan_pahang
Facebook: ikatan pelajar Islam pahang
Youtube: ikatan Pahang
Twitter: ikatan_pahang
Email: ikatanpahang2014@gmail.com
No hubungi: 0196802764-Setiausaha
HidupBiarBerjasa
Moga terus bitara